bankrakyatpersonalloan

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2020 sektor Awam ia adalah pinjaman yang mengikuti konsep tawarruq. Kini anda mendapatkan tunai lebih mudah dan cepat dengan pinjaman bank rakyat. Menikmatilah akses yang termudah kepada dana yang anda memerlukan untuk menguruskan kewangan peribadi anda.

Pakej pinjaman bank rakyat 2020 mempunyai dua jenis iaitu untuk golongan pegawai swasta atau anggota kakitangan kerajaan malaysia. Jika pekerjaan pemohon adalah sebagai  anggota kakitangan kerajaan, ia mempunyai pelbagai kelebihan seperti boleh dapatkan kadar yang rendah berbanding dengan pekerjaan swasta dan tidak perlu sebarang cagaran atau penjamin untuk memohon pakej pinjaman peribadi bank rakyat.

bankrakyatpersonalloan-semak

Dalam pakej pinjaman bank rakyat Sektor Awam yang untuk anggota kerajaan, jumlah amaun pinjaman boleh mencapai sehingga RM200,000 dan tempoh pembayaran balik maksima sehingga 10 tahun. Pakej ini mempunyai perlindungan takaful atas pilihan pelanggan dan kadar keuntungan tetap atau terapung terpulang kepada kesukaan pilihan anda.

Bagi kemudahan untuk anggota-anggota kakitangan kerajaan pembayaran ansuran boleh melalui Potongan Gaji Majikan (PGM) / Biro Perkhidmatan Angkasa atau pindahan gaji ke bank rakyat.

Pinjaman peribadi bank rakyat menawarkan dua jenis kadar pinjaman iaitu kadar tetap atau kadar terapung, ia adalah mengikut pilihan anda sama ada perlu takaful atau pinjaman tanpa takaful. Sila merujuk jadual pinjaman bank rakyat dibawah dengan lebih teliti.

bankrakyatpersonalloan-semak

Kelayakan Pemohon:

  • Hanya warganegara malaysia sahaja.
  • Sekurang-kurangnya perlu berumur 18 tahun dan maksima 60 tahun semasa tamat tempoh pinjaman bank rakyat.
  • Pendapatan bulanan harus tetap dan minima RM1,000 termasuk elaun yang tetap.
  • Pemohon harus berkhidmat dalam sektor awam (Kakitangan Kerajaan) & syarikat GLC yang terpilih sahaja.
  • Jawatan harus disahkan sebagai jawatan tetap.

Dokumen Yang Diperlukan:

  • Salinan MyKad.
  • Slip gaji terkini untuk 3 bulan.
  • Penyata Bank untuk 3 bulan terkini.
  • Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut, Surat Pengesahan Majikan / Borang EA.

Ilustrasi Jadual Pembayaran: