Bank Rakyat Pinjaman Peribadi untuk Sektor Awam, Pakej pinjaman ini tanpa memerlukan cagaran. Jadi anda tidak payah susah susah untutk menyediakan sebarangan dokumen cagaran atau penjamin untuk memohon pakej tersebut.

Skim pinjaman bank rakyat ini menawarkan kepada pemohon yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan malaysia, atau hanya untuk Government Link Company (GLC) yang dalam senarai terpilih sahaja.

Ciri – ciri sangat menarik yang ditawarkan dari Bank Rakyat untuk pakej pinjaman peribadi Sektor Awam ini, adalah minimum gaji hanya perlu kelayakan dari RM1,000 sebulan dengan mempunyai pendapatan gaji tetap setahun RM12,000. Kadar keuntungan yang dikenakan juga kadar terendah untuk pinjaman peribadi bank rakyat islamic.

Ciri – Ciri Pinjaman Bank Rakyat :

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung

Kelayakan – Pinjaman Peribadi Bank Rakyat :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
  • Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih
  • Telah berkhidmat minimum tiga (3) bulan

Dokumen Yang Diperlukan:

  • Salinan MyKad.
  • Slip gaji untuk 3 bulan terakhir.
  • Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir (pengkreditan gaji)
  • Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:
  • Surat Pengesahan Majikan
  • Borang EA.